Tuesday, May 25, 2010

Resepi popia goreng...

Hmmm... petang-petang mesti sedapkan makan snek ke, keropok ke.. kali ni saya nak berkongsi resepi macam mana nk buat popia goreng bersama sos.. simple je... orang bujang pun bley masak jika da masa...jom kita lihat bahan-bahannya...

Bahan-bahan:
1. Kulit popia : boleh dibeli dipasaraya yang terpilih..pastikan yang bersaiz besar
2. Isi ayam yang telah dibuang isi dan diracik dengan halus (pastikan sudah direbus) : 1mangkuk kecil
3. Taugeh
4. Sengkuang : pastikan diparut dengan halus
5. Lobak : pastikan diparut dengan halus
6. Garam : secubit
7. Telur : ambil putih telur untuk dilekatkan pada balutan kulit popia
8. Kubis hijau : diracik halus
9. Kubis ungu : diracik halus
10. Lada capsicum : dihiris cube
11. Minyak untuk menggoreng
12. Bawang putih : 2 biji dibelah 2
13. Sos cili : 1/4 botol
14. Air : 1mangkuk kecil
15. Gula : 3 sudu

Cara memasak:
1. Campur dan gaulkan (ayam, taugeh, sengkuang, lobak, garam, kubis hijau dan ungu serta lada capsicum)
2. Isikan bahan yang telah digaul keatas kulit popia dan gulungkan. Gamkan dengan telur.
3. Panaskan minyak dan goreng sehingga rangup..

Cara membuat sos:
1. Panaskan periuk kecil.
2. Masukkkan air dan sos..
3. Masak sehingga mendidih..
4. Isikan bawang putih dan gula..
5. Selepas 5minit boleh diangkat

Hidangan : 5orang
Masa : Bergantung pada bilangan popia
Selamat mencuba..