Tuesday, May 25, 2010

Resepi popia goreng...

Hmmm... petang-petang mesti sedapkan makan snek ke, keropok ke.. kali ni saya nak berkongsi resepi macam mana nk buat popia goreng bersama sos.. simple je... orang bujang pun bley masak jika da masa...jom kita lihat bahan-bahannya...

Bahan-bahan:
1. Kulit popia : boleh dibeli dipasaraya yang terpilih..pastikan yang bersaiz besar
2. Isi ayam yang telah dibuang isi dan diracik dengan halus (pastikan sudah direbus) : 1mangkuk kecil
3. Taugeh
4. Sengkuang : pastikan diparut dengan halus
5. Lobak : pastikan diparut dengan halus
6. Garam : secubit
7. Telur : ambil putih telur untuk dilekatkan pada balutan kulit popia
8. Kubis hijau : diracik halus
9. Kubis ungu : diracik halus
10. Lada capsicum : dihiris cube
11. Minyak untuk menggoreng
12. Bawang putih : 2 biji dibelah 2
13. Sos cili : 1/4 botol
14. Air : 1mangkuk kecil
15. Gula : 3 sudu

Cara memasak:
1. Campur dan gaulkan (ayam, taugeh, sengkuang, lobak, garam, kubis hijau dan ungu serta lada capsicum)
2. Isikan bahan yang telah digaul keatas kulit popia dan gulungkan. Gamkan dengan telur.
3. Panaskan minyak dan goreng sehingga rangup..

Cara membuat sos:
1. Panaskan periuk kecil.
2. Masukkkan air dan sos..
3. Masak sehingga mendidih..
4. Isikan bawang putih dan gula..
5. Selepas 5minit boleh diangkat

Hidangan : 5orang
Masa : Bergantung pada bilangan popia
Selamat mencuba..

Monday, May 24, 2010

Resepi jemput ikan bilis


Sedapnye... yum yum yum.....senang je buat jemput ni... lets see the ingredients..

Bahan-bahan:
1. Tepung gandum : 1/2 paket
2. Air : pastikan air yang dimasukkan tepung tersebut menjadi tidak terlalu likat dan cair
3. Ikan bilis : secukup rasa
4. Gula : 3 sudu besar
5. Garam : 1/2 sudu besar
6. Bawang besar : dihiris cube
7. Taugeh : secukup rasa
8. Daun bawang : secukup rasa
9. Minyak masak

Cara memasak:
1. Masukkan tepung gandum, ikan bilis, bawang besar, daun bawang, taugeh, air, gula, garam...
2. Untuk merangupkan jemput boleh masukkan 1 sudu besar minyak masak
3. Adun sehingga sebati.
4. Panaskan minyak masak..
5. Goreng jemput tersebut sehingga kekuningan..

Hidangan : 10 orang bergantung pada saiz jemput
Masa : Bergantung pada saiz jemput
Selamat mencuba...
Jika ada soalan boleh diajukan..

Resepi ayam masak kicap (warisan ibu)..

Resepi ni daripada ibu saya juga... sedapnye.. lame xmakan... tp skang jarang masak sb duk hostel... huhu.. nk berkongsi resepi.. ?? jom ikuti bersama sy.. junior chef nurhayu...

Bahan-bahan:
1. Ayam : 1/2 ekor (pastikan telah di goreng > ayam goreng)
2. Kicap : mangkuk kecil
3. Halia : 2cm
4. Gula : secukup rasa
5. Garam : secukup rasa
6. Bawang besar : 1 biji (dihiris cube)
7. Bawang putih : 2 ulas
8. Daun bawang : Di racik untuk hiasan
9. Sos tiram : 3 sudu besar
10. Lada hitam : 15 biji
10. Air : 100ml
11. Sedikit minyak masak

Cara memasak:
1. Tumbuk hancur (halia, bawang putih, lada hitam)
2. Panaskan kuali dan minyak.
3. Tumis bahan yg telah ditumbuk sehingga naik bau.
4. Masukkan kicap sos dan tiram
5. Setelah 5minit, masukkan air dan masak sehingga pekat
6. Masukkan garam dan gula
7. Masukkan ayam serta bawang besar
8. Kacau sehingga sebati.
9. Sedia untuk dihidang dan hiaskan dengan daun bawang.

Hidangan : 5 orang makan
Masa : 15-20 minit
Selamat mencuba..
Jika da sebarang komen boleh diajukan...

Resepi ayam masak merah (warisan ibu)..


Makanan ni merupakan makanan warisan daripada ibu saya.. dan ilmu resepi ni diturunkan pada saya..
Senang je masak hidangan ni.. lets see the ingredients...

Bahan-bahan:
1. Ayam :1 ekor yang telah digoreng (goreng macam ayam goreng biasa)
2. Tomato puri : 1 tin kecil
3. Cili kering : 10 biji direbus dahulu sehingga mendidih dan dibuang biji dan toskan (siapa suka pedas boleh tambah)
4. Bawang besar : 2 biji
5. Bawang kecil : 5 biji
6. Bawang putih : 4 biji
7. Halia : 2 cm
8. Minyak
9. Garam : secukup rasa
10. Gula : secukup rasa

Cara memasak:
1. Kisar (Cili kering, bawang besar, bawang kecil, bawang putih, halia)
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau
3. Isikan tomato puri dan goreng sehingga pecah minyak..
4. Pastikan cili kering dan tomato digoreng sehingga masak dan garing.. jika tidak mungkin anda akan mengalami sakit perut..
5. Masukkan garam dan gula..
6. Masukkan ayam goreng dan kacau sehingga sebati...
7. Hiaskan dengan hirisan daun bawang...
8. Sedia untuk di hidang..

Hidangan untuk 10-13 orang...
Masa : 15-20 minit
Selamat mencuba..
Jika anda komen atau soalan boleh diajukan..